Pameran yang menghimpunkan karya pensyarah Jabatan Fotografi & Pengimejan Kreatif, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Shah Alam, cawangan Sri Iskandar (Perak) dan Lendu (Melaka). Seramai 30 orang pensyarah termasuk dari jabatan lain yang menghasilkan karya fotografi terlibat dalam pameran pembuka tahun 2010. Lebih kurang 70 buah karya akan dipamerkan dengan pelbagai tema & teknik dalam terma foto.